fbpx

Pembunuhan Zayn Rayyan: Stor jadi tumpuan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siasatan di sebuah stor penyimpanan terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Idaman di Damansara Damai.

PETALING JAYA – Sebuah stor menjadi tumpuan hari keempat operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di Apartmen Idaman Damansara Damai, di sini, pagi tadi.

Dua anjing Unit Pengesan (K9) dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Daerah KLIA, Gucci dan Ricks bersama beberapa anggota Forensik melakukan pemeriksaan bermula pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira pukul 2 petang tadi.

Difahamkan, stor terbabit menjadi tempat simpanan motosikal, kerusi plastik dan barangan kanopi.

Seterusnya, salah seekor anjing dibawa masuk ke Blok R bagi melakukan mengesan bukti lain.

Pemilik stor berkenaan, Noraini Ahmad, 51, berkata, dia dan suami, Zamri Jaafar, 53, diminta untuk membuka stor tersebut sekitar pukul 10 pagi.

Katanya, meskipun terkejut dengan arahan tersebut, namun pihaknya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis.

“Saya hari-hari masuk dalam stor yang sentiasa berkunci kerana dijadikan tempat penyimpanan motosikal, kanopi dan kerusi plastik (barangan katering).

“Anjing (unit pengesan) dilihat masuk ke dalam itu. Saya simpan enam buah motosikal dalam stor tersebut, barang khemah serta kerusi,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Sementara itu, Zamri berkata, stor tersebut diperiksa susulan kedudukan stor yang terletak berhampiran di lokasi kanak-kanak itu ditemui.

“Polis siasat segala kemungkinan disebabkan stor ini juga boleh dijadikan laluan ke anak sungai tersebut,” ujarnya.

Pada Rabu lalu Kosmo! melaporkan mayat Zayn ditemui dalam keadaan terbaring berdekatan anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini.

Hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat kecederaan pada leher dan badan mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI