fbpx

Pahang noktahkan kejuaraan Piala Emas Raja Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Pahang meraikan kejayaan menjuarai Piala Emas Raja Raja selepas tewaskan Terengganu 4-1 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. - ASZAHARI ALI

KUANTAN – Pahang muncul juara Piala Emas Raja Raja selepas menewaskan Terengganu 4-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Kejayaan itu membolehkan skuad Tok Gajah mengulangi pencapaian 2018 lalu sekaligus merampas mahkota kejuaraan daripada Selangor yang terkandas di separuh akhir.

Dalam aksi akhir itu, tiga gol Pahang diraih menerusi Muhammad Fitri Aziq yang meledak dua gol pada minit ke-27 dan 70, manakala Muhammad Zarih Izzuddin dan Muhammad Amin Che Jusoh masing-masing meledak satu gol pada ke-33 dan masa kecederaan babak kedua.

Jaringan saguhati Terengganu pula diraih hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Muhammad Adli Abd Rahman pada minit ke-38.

Kemenangan ini membolehkan skuad kendalian Mohd Yazeed Hamzah itu meraih wang kemenangan bernilai RM80,000 berserta medal dan trofi Piala Emas Raja-Raja manakala Terengganu membawa pulang RM40,000.

Hadiah disampaikan Exco Komunikasi & Multimedia, Belia Sukan & Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal yang turut disertai Exco Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim.

Turut hadir, Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan; Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman dan Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM), Mohd Firdaus Mohamed. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI