fbpx

‘Nujum Neelofa’ ramal Hady Mirza juara GV10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA meramalkan Hady Mirza akan dinobatkan sebagai juara GV10.

PETALING JAYA – Selebriti popular Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor meramalkan penyanyi Singapura, Hady Mirza akan dinobatkan sebagai juara program realiti, All Stars Gegar Vaganza (GV10), malam ini.

“Rasanya Hady Mirza juara,” katanya menerusi aplikasi X sebentar tadi.

Selain penyanyi asal Singapura itu, seramai tujuh lagi finalis berentap pada pentas akhir GV10 iaitu Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Tomok, Azharina, Naqiu dan Liza Hanim.

Sebelum ini, Suki Low, Cliff Umar, Datuk Aishah, Ayai Illusi, Zamani, Ezad Lazim, Noryn Aziz dan Aliff Aziz merupakan peserta yang sudah meninggalkan pentas GV10.

Rancangan popular tersebut menyaksikan kesemua bintang diadili juri profesional terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Konsert GV10 diacarakan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil buat pertama kali.

Juara GV10 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI