fbpx

Liga Super: Kelantan rebah terkena tujuh das tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN aksi menarik yang menyaksikan PDRM FC membelasah Kelantan 7-2 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. PDRM FC

KUALA LUMPUR – Situasi parah Kelantan berterusan apabila kekal menjadi mangsa belasahan dan kali ini tewas 2-7 kepada PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi.

PDRM FC yang menyenaraikan lima import dalam kesebelasan utama terpaksa menanti sehingga minit ke-19 untuk membuka jaringan menerusi James Okwuosa.

Berbanding dalam perlawanan lepas, permainan Kelantan di babak pertama agak positif, menyaksikan barisan mudanya turut berjaya mencipta beberapa gerakan menarik termasuk percubaan S. Reegan pada minit ke-31 yang menggegar palang PDRM FC.

Selepas mempersiakan beberapa peluang terbaik, pemain gantian The Cops, Izaaq Izhan Yuswardi memastikan pasukannya makin selesa apabila menanduk masuk gol kedua pada masa kecederaan.

Walaupun berjaya memperoleh dua gol, babak kedua seakan menjadi detik malang buat The Red Warriors apabila melepaskan lima lagi gol, menyaksikan Bruno Suzuki menjadi watak utama selepas menyumbangkan tiga gol.

Pesta jaringan PDRM FC bermula pada minit ke-58 menerusi Kyaw Min Oo, Nur Iqmal Harun (m-74) manakala jaringan Suzuki terhasil pada init ke-61, 64 dan 89.

Dua gol saguhati Kelantan dihasilkan oleh Khala’if Naskam pada minit ke-63 dan import tunggal, Leonardo Rolon, minit ke-72.

Dalam aksi berasingan di Stadium Negeri, pemain naturalisasi negara, Paulo Josue muncul wira Kuala Lumpur City untuk tewaskan Kuching City 3-2

Josue menghasilkan dua gol diikuti jaringan ketiga daripada Arif Shaqirin manakala jaringan tuan rumah dijaringkan oleh Abu Kamara dan Yuki Tanigawa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI