PETALING JAYA – Sekurang-kurangnya 17,700 kematian di Gaza dengan lebih 48,800 cedera sejak 7 Oktober lalu dicatatkan namun sedikit pun tidak menjejaskan keegoaan apabila Amerika Syarikat (AS) terus memainkan peranan penting dalam peperangan, menjadi pembekal senjata Israel.
Menerusi hantaran Washington Post, sehingga kini, AS telah membekalkan rejim Zionis dengan 15,000 bom termasuk bom bunker-buster seberat satu tan.
Rejim Zionis tersebut juga telah menggugurkan lebih 22,000 bom berpandu ke atas Gaza yang dibekalkan oleh AS dalam tempoh enam minggu pertama serangan ke atas Gaza.
Ini dapat dibuktikan dengan perkongsian majdi_fathi di laman Instagramnya yang memaparkan saki-baki bom dan peluru berpandu Amerika ditemui di sebuah rumah yang menjadi sasaran di Gaza.
Perkembangan tersebut dicemuh hebat oleh rakyat di seluruh dunia sehingga meningatkan mereka mengenai hakikat AS yang menolak draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera antara Israel dan Palestin.
“Kuasa veto sangat mengarut! Darah orang Palestin seolah-olah tiada nilai di mata negara AS. Dasar negara penjajah!” kata seorang pengguna.
“Kenapa AS tak berikan Israel sedikit tanah seperti New York dan Wahingston? ‘Sharing is caring’,” perli mariannembl.
“Kita akan sokong produk 13 negara tersebut dan beralih daripada produk AS. Semoga Allah kuatkan semangat kita semua, tanpa sokongan ekonomi, AS akan lemah Insya-Allah, Amiin,” komen seorang lagi pengguna laman sosial. – KOSMO! ONLINE