fbpx

Konflik Palestin-Israel: Yemen sekat laluan kapal berkaitan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL Galaxy Leader milik seorang ahli perniagaan Israel ditawan Yemen di pelabuhan Hodeidah, bulan lalu. - AFP

SANA’A – Angkatan Bersenjata Yemen mengumumkan larangan terhadap kapal-kapal yang mempunyai kaitan dengan Israel daripada melalui Laut Arab dan Laut Merah sehingga penduduk Gaza mendapat bekalan ubat dan makanan mencukupi, lapor laman berita Al Mayadeen semalam.

Jurucakapnya, Brigedier Jeneral Yahya Saree dalam satu kenyataan berkata, larangan itu berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, langkah itu adalah komitmen Sana’a terhadap keselamatan pelayaran maritim. Ia turut memberi amaran kepada semua kapal dan syarikat agar tidak berurusan dengan pelabuhan Israel.

“Angkatan Bersenjata Yemen menekankan komitmen penuh kami terhadap kesinambungan pergerakan perdagangan global melalui Laut Merah dan Laut Arab untuk semua kapal dan semua negara, kecuali kapal yang berkaitan dengan Israel,” katanya.

Bagaimanapun, Yahya tidak menolak tindakan tentera Yemen yang akan terus menyasarkan kapal-kapal Israel di Laut Merah sehingga perang ke atas Gaza dihentikan.

Pada bulan lalu, Angkatan Bersenjata Yemen menawan kapal komersial Galaxy Leader milik seorang ahli perniagaan Israel di Laut Merah menerusi operasi tentera laut dan dibawa ke pelabuhan Hodeidah, utara negara tersebut.

Dalam pada itu, syarikat perkapalan kedua terbesar di dunia, A.P. Moller-Maersk mengumumkan bahawa ia akan mula mengenakan surcaj risiko baharu ke atas penghantaran kontena yang menuju ke Israel mulai tahun depan.

Pengenalan surcaj itu dibuat disebabkan kenaikan premium insurans berikutan situasi keselamatan yang tidak stabil di rantau berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI