fbpx

Belanja secara berhemah jika hasil negara bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba di Majlis Perasmian Penutup Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di Stadium Bukit Jalil tadi. - Foto oleh IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan pimpinannya akan berbelanja dengan baik sekiranya hasil negara yang dijana menerusi kutipan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terus ditingkatkan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang pengunjung menerusi sesi dialog bersama Perdana Menteri berkaitan pelaksanaan eBelia yang ditawarkan kepada golongan muda.

Anwar berkata, perkara berkaitan eBelia dibincangkan pada awal tahun dan akan memutuskan pelaksanaannya mengikut dana kerajaan.

“Saya bagi jaminan akan kurangkan beban rakyat terutama mahasiswa, kita cuba bantu sedaya mungkin. Tetapi, kita tangguh awal tahun bagi kajian semula pendapatan Kastam.

“Ketika ini, kita ada Ketua Pengarah Kastam baharu yang lebih dinamik dan garang, kemudian LHDN juga hasil bertambah, jika hasil bertambah, insya-Allah kita akan belanja dengan baik,” katanya di sini tadi.

Sementara itu, menjawab soalan mengenai kemudahan kolej kediaman di universiti, Perdana Menteri berkata, perkara itu sudah dibangkitkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“(Isu kolej kediaman) mungkin tidak boleh diselesaikan di satu universiti, tetapi kita akan tingkatkan secara berperingkat kerana banyak universiti perlukannya menggunakan beberapa kaedah.

“Sekarang kerana peruntukan, miskin ada, Felda ada, kita akan selesaikan. Insya-Allah akan dapat projek tambahan,” jelasnya.

Pada masa sama, Anwar berkata, pihaknya juga menyemak dengan pihak universiti bagi memastikan pelaksanaan Menu Rahmah berjalan seperti yang dirancang.

“Berkaitan perkhidmatan wifi di universiti, kita juga akan bereskan sebaiknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI