fbpx

Kawan-kawan bukan ahli terapi mental, minta izin sebelum ‘rant’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kehidupan manusia tidak boleh lari daripada dugaan, dan salah satu cara untuk melepaskan tekanan adalah meluahkan keluh-kesah atau ‘rant’ kepada rakan-rakan baik.

Namun, situasi itu boleh menjadi ‘toksik’ apabila orang yang meluahkan perasaan tidak memikirkan situasi pendengar sekiranya turut mempunyai masalah sendiri.

Menurut perkongsian @nabs di aplikasi X, dia berasa kesal dengan rakannya yang meminta mendengar luahan tanpa memikirkan diri pendengar.

“Kawan tak boleh selesaikan masalah kau dan mereka tak sepatutnya juga. Pergilah cari ahli terapi,” ujar nabs.

Oleh itu, beberapa pengguna memberikan cadangan meminta izin rakan sebelum meluahkan sesuatu.

“Lain kali minta izin. Kalau tak boleh nak dengar, boleh cuba cakap ‘sekarang bukan masa yang sesuai’ atau ‘weh aku sibuk sekarang’,” ujar @pelisahh

“Minta izin itu dikira yang paling bagus dah. Kadang-kadang kawan kau waktu tu bukannya okay pun. Tiba-tiba datang pula kau meluah perasaan. Aku okay saja kalau kau tak nak dengar luahan aku waktu,” kata @seirawr.

“Ya, tolong minta izin. Tak adalah nampak yang kau ini pentingkan diri sendiri,” kata seorang lagi pengguna laman sosial.

Bagaimanapun, ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan sumber memuat naik perkara begini kerana dia berpendapat orang yang meluahkan itu percayakannya dan tak sepatutnya dia memalukan rakannya sebegitu.

“Kalau rasa macam tu, apa kata kau terus beritahu dia daripada muat naik benda macam ini?” bidas @aichan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI