fbpx

Gebrek! Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIZA HANIM

KUALA LUMPUR – Persembahan finalis All Stars Gegar Vaganza (GV10) iaitu Liza Hanim yang menyanyikan lagu My Heart Will Go On diibaratkan sebagai juara.

Kenyataan tersebut dilontarkan oleh juri tetap GV10, Hetty Kos Endang yang tertarik dengan persembahan Liza.

“Menurut Bunda, kamu layak jadi juara, gebrek (hebat)!

“Persembahan yang sangat hebat,” komennya.

Selain Hetty, juri tetap lain iaitu Syafinaz turut memuji persembahan Naib Juara Gegar Vaganza Musim Keempat (GV4) itu.

“Liza, dalam hati dan otak saya, awak adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang terbaik,” kata yang kagum dengan persembahan Liza.

Dalam masa sama, Ella selaku juri jemputan tidak melepaskan peluang memuji suara penyanyi asal Klang itu.

“Wah! Persembahan yang sangat mengagumkan.

“Saya kagum dengan lontaran suara emosi awak,” ujarnya.

Pada pusingan pertama, Liza membawakan lagu My Heart Will Go On nyanyian asal Celine Delion.

Selepas ini, Liza akan mempersembahkan dua lagi lagu menerusi pusingan duet dan battle. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI