fbpx

Foto tak senonoh disunting guna AI, Mira Filzah minta SKMM siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA FILZAH

PETALING JAYA – Pelakon Mira Filzah bengang apabila gambarnya disunting dalam keadaan tidak senonoh dan mendatangkan aib oleh pihak tidak bertanggungjawab menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau AI.

Sehubungan itu, pemilik nama lengkap, Nur Amirah Filzah Badioezaman itu memberi amaran agar perbuatan tersebut dihentikan sebelum bertindak mengheret pelaku ke muka pengadilan.

“Kepada pemilik akaun palsu itu, saya mungkin senyap dan tidak banyak bercakap mengenai perkara ini sebab itu kamu makin berani.

“Tapi jangan sampai saya buat laporan dan aduah jenayah siber Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

“Apapun motif yang awak cuba buat, awak patut berhenti!,” ujar Mira, 30, menerusi sebuah video dalam TikTok.

Sementara itu, aktres berusia 30 tahun itu memberitahu, dia sudah beberapa kali berusaha melaporkan akaun tersebut namun TikTok memaklumkan, tiada sebarang pelanggaran berlaku.

“Saya ada terima pelbagai mesej berhubung akaun palsu yang guna wajah Mira untuk edit benda tidak senonoh.

“Banyak mesej langsung (DM) beritahu dan Mira sudah tahu lama dan banyak kali buat laporan, banyak!.

“Tapi entah mengapa TikTok tolak laporan itu kata tiada sebarang pelanggaran yang berlaku,” kata Mira dalam nada serius.

Sebelum ini, kecoh apabila foto-foto selebriti tempatan disunting secara melampau sehingga mengaibkan terutamanya dalam kalangan wanita.

Selain Mira, antara selebriti yang turut menjadi mangsa adalah Uqasha Senrose, Puteri Aisyah, Sophia Albarakbah dan Iman Troye. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI