fbpx

Dian maut ditimpa balak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa yang maut ditimpa pokok balak semasa berehat di atas jengkaut di kawasan matau balak, Kuala Betis di sini semalam. FOTO: IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang lelaki warga Indonesia maut ditimpa pokok balak semasa berehat di atas jengkaut di kawasan matau balak, Kuala Betis di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa, Dian Hermawan, 32, ditemukan maut tersepit di tempat kejadian di atas jengkaut berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang berehat di dalam jengkaut dan tiba-tiba sebarang pokok balak jatuh di atas jengkaut menyebabkan mangsa tersepit dan meninggal dunia.

“Hasil siasatan tiada sebarang unsur jenayah ditemukan ke atas mangsa. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI