fbpx

Cuaca cerah kebanyakan negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan laporan keadaan cuaca cerah di kebanyakan kawasan terutama sekali di barat semenanjung Malaysia, pagi ini.

Bagaimanapun, menurut MetMalaysia, keadaan cuaca buruk dapat diperhatikan di kawasan pantai timur daerah Pekan, Rompin, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Kata MetMalaysia, keadaan tersebut akan berlanjutan sehingga ke lewat pagi nanti.

“Di Sarawak pula, keadaan hujan sejak malam dan awal pagi tadi telah beransur reda menyebabkan kebanyakan kawasan di Sarawak mendung.

“Pada ketika ini, keadaan hujan hanya dapat dilihat berlaku di persisir beberapa kawasan di Sarawak,” katanya.

Tambah MetMalaysia, manakala di Sabah pula dilaporkan cuaca cerah dan tiada hujan di kebanyakan tempat kecuali Sandakan.

“Keadaan cuaca di Sabah dan Sarawak diramal akan beransur reda dalam jangka masa satu hingga dua jam lagi,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI