fbpx

Beruang dikurung 23 tahun dipaksa minum arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baloo dikurung di sebuah resort ski di Romania sejak 23 tahun lalu. - Jasper Doest

BUCHAREST, ROMANIA – Kumpulan-kumpulan pencinta haiwan mendesak pembebasan seekor beruang coklat bernama Baloo yang dipaksa membuat persembahan selepas minum minuman keras untuk menghiburkan penonton, lapor akhbar Daily Star semalam.

Baloo dikurung di sebuah resort ski di Romania sejak 23 tahun lalu selepas ditemui dalam keadaan cedera ketika masih kecil pada 2005.

Dia menjalani diet bijirin dan diberi minuman air berkarbonat dan beralkohol sebelum menghiburkan penonton dalam keadaan mabuk.

“Sejak 2005, pihak berkuasa Romania telah melarang individu daripada menyimpan beruang, namun undang-undang itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.

“Baloo hidup dalam keadaan daif di mana ia hanya makan bijirin, diberi minum air lemonad dan beralkohol serta dikurung sendirian selama hampir suku abad,” kata Pengurus Kempen Pelindungan Haiwan Dunia (WAP), Sanne Kuijpers.

Pertubuhan tersebut kini menggesa campur tangan pihak antarabangsa agar membebaskan Baloo dari resort berkenaan dan dilepaskan ke pusat pemuliharaan negara Eropah Timur tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI