KOTA BHARU – Situasi banjir di Pasir Mas dekat sini semakin pulih apabila mangsa yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) ketika ini tinggal 27 orang.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 35 orang mangsa setakat pukul 4 petang ini berbanding 62 orang pada pagi tadi.
Menurutnya, kesemua mangsa yang terlibat itu terdiri daripada tujuh buah keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di sini.
Jelasnya, semua sungai-sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan paras berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE