fbpx

Banduan jalani pembedahan kemaluan lari dari hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THANAPHAT melarikan diri semasa dirawat di sebuah hospital di Bang Lamung, semalam. - Foto Pattaya Daily News

BANGKOK – Seorang banduan melarikan diri dari Hospital Bang Lamung, Thailand selepas menjalani pembedahan pada kemaluannya, lapor laman berita Pattaya Daily News.

Menurut balai polis Bang Lamung, seorang banduan yang dikenali sebagai Thanaphat Mayod, melarikan diri dari hospital itu selepas isterinya, Sangwasana Kuaysuwan melawatnya.

Sangwasana bagaimanapun ditangkap tidak lama kemudian. Dia mengaku menerima panggilan telefon daripada Thanaphat yang memintanya membeli pemotong logam.

Selepas anggota polis melihat rakaman kamera televisyen tertutup (CCTV), mereka mendapati bahawa pemotong logam tersebut disembunyikan di dalam beg plastik ketika Sangwasana melawat Thanaphat .

“Polis percaya mereka akan dapat menangkap Thanaphat dalam masa yang singkat,” kata pengarah hospital itu yang namanya tidak didedahkan.

Setakat ini, tidak dijelaskan jenis kesalahan dilakukan Thanaphat yang membuatkan dia dimasukkan ke penjara serta penyebab dia perlu memerlukan pembedahan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI