fbpx

Angeline Tan tunai umrah buat pertama kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Angeline Tan menunaikan umrah buat pertama kali dalam hidupnya di samping suami tersayang, Sabri Yunus.

PETALING JAYA – “Pagi ini berangkat ke Tanah Suci. Doakan kami”.

Demikian perkongsian pelakon Ardini Angeline Tan yang dijemput sebagai tetamu Allah mengerjakan umrah buat pertama kali.

Ditemani suami tercinta, Sabri Yunus, aktres yang baru memeluk Islam sekitar tiga bulan lalu itu meluahkan kesyukuran menerima pakej tersebut daripada penaja sebagai hadiah perkahwinan.

Kegembiraannya dizahirkan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jeddah menaiki penerbangan pukul 7 pagi tadi.

Dalam pada perkongsian Instagram itu, Angeline, 56, yang juga ibu kepada dua anak itu manis menggayakan jubah gelap diacu tudung labuh.

Dalam ruangan komen ramai mendoakan agar Angeline dan Sabri mendapat umrah yang mabrur.

“Semoga mendapat umrah yang mabrur dan banyak-banyak berdoa dipermudahkan segala urusan dalam beribadah,” tulis netizen.

“Selamat pergi dan kembali serta mendapat umrah yang mabrur. Alhamdulillah,” kata pemilik akaun lain.

Terdahulu, Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu dan selamat bernikah dengan Sabri, 65, di Perlis pada 14 Oktober lalu.

Pernikahan pasangan yang kerap bergandingan sejak era sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu mendapat perhatian ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI