fbpx

Ameera Khan tayang perut pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJAK tidak lagi bertudung, adik Neelofa ini semakin berani dalam bab berpakaian.

NAMPAKNYA adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan kembali menarik perhatian netizen selepas berkongsi foto mendedahkan bahagian-bahagian perutnya.

Biarpun cuba menutup bahagian tersebut dengan tangan, namun perutnya masih kelihatan dek baju yang dipakai Ameera berpotongan singkat.

Menerusi hantaran Instagramnya, pucuk muda 22 tahun itu dilihat menggayakan baju berona biru gelap dipadankan bersama skirt merah bercorak kotak-kotak daripada satu jenama terkenal antarabangsa.

Perkongsian Ameera itu sekali gus telah menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram. Malah, ada segelintir pengikutnya mengusik mahu melihat pusatnya.

“Kami mahu pusat, kami mahu pusat,” usik seorang lagi pengikutnya.

Diva pun hairan dengan Ameera. Makin hari, makin seksi. Selepas ini apa lagi yang mahu ditunjuknya?

DIVA: Nampaknya tak ada rezeki pelakon Zarina Zainuddin nak terima menantu apabila dikhabarkan anaknya, Azal sudah pun putus cinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI