fbpx

32 penghuni Madrasah Mahat Tahfiz Usnul Khatimah selamat dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran di bahagian dapur Madrasah Mahat Tahfiz Usnul Khatimah di Kuching, awal pagi tadi.

KUCHING – Seramai 32 penghuni Madrasah Mahat Tahfiz Usnul Khatimah di sini berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 3.51 pagi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Padungan ke lokasi.

Katanya setiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan bahagian dapur yang terbakar 30 peratus.

“Pasukan bomba terus menjalankan operasi pemadaman untuk mengawal kebakaran daripada mereka ke blok utama bangunan dan kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 4.15 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI