fbpx

Wanita makan di restoran terima bil RM281,900

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu terkejut selepas menerima bil. - Getty Images/iStockphoto

BEIJING – Seorang wanita di bandar Kunming, China terkejut apabila menerima bil berjumlah 430,000 yuan (RM281,900) ketika mengunjungi sebuah restoran untuk makan tengah hari.

Portal berita MailOnline melaporkan, wanita bernama Wang itu pada awalnya merakam gambar bersama rakan-rakannya dan kemudian memuat naik foto tersebut di laman sosial.

Tanpa disedari, kod QR yang berada di atas meja makan mereka terpapar dalam gambar tersebut.

Selepas beberapa minit memuat naik gambar itu dalam aplikasi WeChat, beberapa kenalannya mula mengimbas kod QR itu dan memesan pelbagai hidangan ke meja mereka.

Sebanyak 1,850 hidangan itik, 2,580 hidangan sotong dan 9,990 hidangan udang dipesan dengan kesemua makanan itu berharga 430,000 yuan. 

Kakitangan restoran menyedari kesilapan itu apabila mengesahkan pesanan sebelum menghantar makanan. 

Wang berbasib baik apabila dia dan rakan-rakannya tidak dipaksa membayar bil tersebut. Mereka kemudian dipindahkan ke meja baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI