fbpx

Sektor agrikomoditi negara dijamin masih kukuh – Fadillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah bercakap kepada pemberita pada Agrikomoditi Walk 2023 di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memberikan jaminan bahawa sumbangan sektor agrikomoditi negara masih kukuh sepanjang tahun ini sekali gus menjadi penyumbang terbesar pendapatan negara.

Malahan, beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, angka penurunan yang dicatatkan ketika ini lebih disebabkan faktor kadar pertukaran mata wang asing selain cabaran geopolitik dunia.

“Dari segi volume (bilangan), sektor ini masih sumbang terbesar kepada negara bahkan bertambah cuma nampak kurang kerana diukurnya mengikut nilai ringgit semasa,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta program berjalan kaki ‘Agrikomoditi Walk’ di sini hari ini.

Mengikut perangkaan terkini sehingga akhir bulan lepas, sektor agrikomoditi tempatan mencatatkan nilai eksport secara keseluruhan mencecah RM120 bilion.

Sektor itu menyumbang RM117 bilion bagi tempoh Januari hingga September lalu, berbanding RM160 bilion yang direkodkan pada tempoh sama tahun lepas. – katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI