fbpx

Radar pertahanan udara jarak jauh ditempatkan di Bintulu, Sarawak – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad bergambar kenangan bersama barisan pimpinan selepas menyempurnakan Majlis Graduasi MKN, MPAT dan MTAT tahun 2023 di PUSPAHANAS, hari ini.

PUTRAJAYA – Radar Pertahanan Udara Jarak Jauh (GM400) yang akan ditempatkan di Bintulu, Sarawak kelak akan menjadi radar utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal sempadan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perolehan radar berkapasiti tinggi itu akan memberi tambah nilai kepada urusan ATM mengawal sempadan daripada dicerobohi dan mengenal pasti apa jua masalah dihadapi di Laut China Selatan.

“Jadi radar ini akan kita letakkan di Bintulu dan akan jadikan sebagai radar utama (ATM),” katanya pada sidang akhbar selepas majlis graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) 2023 di sini hari ini.

Semalam, Mohamad menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima (LOA) antara Kementerian Pertahanan dan Syarikat Thales Group bagi Radar Pertahanan Udara Jarak Jauh (GM400) kepada Tentera Udara Diraja Malaysia.

Mengulas pertemuannya dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Sebastian Lecornu semalam, beliau berkata, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi mengadakan rundingan dua hala pertahanan dengan Perancis tahun hadapan.

“Rundingan dua hala itu akan memantapkan lagi diplomasi pertahanan kedua-dua negara. Banyak boleh dipelajari terutama dari segi teknologi kecanggihan aset terbaharu dimana kita boleh dapat belajar dan menghantar pegawai kita ke sana,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI