fbpx

PPSB tawar pakej naik feri hingga Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penang Bridge Sunset Cruise di George Town.

GEORGE TOWN – Sektor pelancongan Pulau Pinang bakal dirancakkan menerusi pakej pelayaran Penang Bridge Sunset Cruise yang diyakini dapat menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa ke negeri ini.

Inisiatif yang diperkenalkan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) itu bakal beroperasi secara rasmi pada 16 Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSB, Datuk V. Sasedharan berkata, pakej terbabit memiliki tarikan tersendiri malah bakal memberikan pengalaman buat pelancong untuk menikmati keindahan laut selain meneliti keunikan seni bina jambatan Pulau Pinang pertama.

Katanya, pelayaran yang berlangsung kira-kira tiga jam itu dijangka bermula pada pukul 5 petang sehingga 8 malam pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

“Lebih menarik lagi, pelayaran ini terhad kepada 100 penumpang bagi setiap sesi dan penggunaan feri baharu Pulau Pinang sudah semestinya dapat menarik pelancong domestik dan antarabangsa ke sini.

“Pulau Pinang kelihatan lebih indah pada waktu malam malah saya rasa keindahannya setanding dengan Hong Kong mahupun Vietnam.

“Kita gunakan kelebihan yang ada di negeri ini untuk memeriahkan lagi industri pelancongan sekali gus merancakkan ekonomi setempat,” katanya ketika ditemui selepas pra pelancaran Penang Bridge Sunset Cruise di Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di sini, semalam.

Tambah Sasedharan, pakej bagi individu dewasa berharga RM148 setiap seorang manakala kanak-kanak hanya dikenakan RM98 setiap seorang.

“Lebih menarik lagi, hidangan bufet turut akan disediakan dan pelancong boleh menikmati juadah sambil melihat panorama matahari terbenam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI