fbpx

Peniaga pasar malam terkenal selepas jual ais panggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penjaja 'memanggang' ketulan ais dan dibeli oleh seorang gadis di Changsa baru-baru ini. - Foto The News

BEIJING  – Seorang penjaja makanan menjadi terkenal hanya kerana dia ‘memanggang’ ketulan ais di atas dapur di sebuah pasar malam di Changsha, selatan China, lapor portal berita MailOnline semalam.

Rakaman video menunjukkan penjual itu ‘memanggang’ ketulan ais  dan menambah perisa dengan meletakkan sos pedas, menyapunya dengan minyak sebelum menyerahkannya kepada pelanggan yang membelinya.

Dalam video itu, seorang pelanggan dilihat mengambil makanan dan bertanya: “Perlukah saya makan ketika masih panas atau apabila ia telah menjadi sejuk?”

Penjual menjawab: “Makanlah ketika ia masih panas.”

Pembeli itu yang merupakan seorang gadis menyatakan bahawa makanan itu sebagai sangat pedas tetapi mempunyai rasa yang ‘hebat’.

Satu hidangan ketulan ais panggang itu berharga hanya hampir 15 yuan (RM9.83), demikian menurut laporan media tempatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI