fbpx

Peniaga makanan laut tular dikompaun RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAUZIAH (tengah) melawat Jualan Rahmah sempena Karnival Rahmah Kasih Sayang Bangsa Johor di perkarangan Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Peniaga makanan laut di Tepian Tebrau di sini yang tular kerana mengenakan caj bayaran mahal kepada pelanggan telah dikenakan kompaun berjumlah RM1,500.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, kompaun tersebut kerana kesalahan tidak meletakkan tanda harga dan terdapat unsur pencatutan iaitu menjual pada harga tidak munasabah.

“Perkara ini seharusnya dijadikan pengajaran buat kedua-dua pihak, peniaga perlu berniaga dengan telus manakala pengguna perlu tahu harga produk atau makanan yang dibeli mereka, pengguna ada hak untuk tahu sebelum beli,” katanya pada sidang akhbar sempena Karnival Rahmah Kasih Sayang Bangsa Johor di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, di sini hari ini.

Oktober lalu, isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin Rahmat meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan mendakwa harga yang dikenakan sebuah kedai makanan laut di medan selera Tepian Tebrau, di sini terlampau mahal iaitu berjumlah RM1,260.

Namun begitu, pemilik premis tersebut dalam satu video balas memberi penjelasan berhubung harga dikenakan dan memaklumkan harga itu adalah untuk hidangan dipesan seramai 20 orang serta memperincikan setiap butiran hidangan yang dipesan Ekin sebagai justifikasi terhadap harga berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI