fbpx

Pecat Isham Jalil kerana ‘cross the line’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED ketika hadir majlis MoU Perancangan Pembangunan Bandar Kota Tinggi antara Majlis Daerah Kota Tinggi dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Institut Sultan Iskandar (ISI) di pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi di sini hari ini.

KOTA TINGGI – Tindakan pemecatan ke atas bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil adalah disebabkan oleh masalah disiplin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai sebuah parti yang besar UMNO perlu memastikan tindak-tanduk ahlinya tidak menggugat parti.

“Saya ingat itu (pemecatan Isham Jalil) disebabkan masalah disiplin. Mana-mana parti pun terutama UMNO sebagai parti yang besar kita perlu mengawasi tindak-tanduk seseorang ahli yang menggugat parti ataupun bercakap sesuka hati.

“Bila dia ‘cross the line’ majlis tertinggi berpendapat ada banyak cara pendekatan lebih-lebih lagi dia adalah MKT. Perlulah parti mengawal tindak tanduk kalau tidak semua orang jadi macam dia tentu parti akan bermasalah. Jadi ini soal menguruskan disiplin ahli-ahli. Kita mesti tahu berorganisasi dan malanglah terpaksa diambil tindakan begitu,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Perancangan Pembangunan Bandar Kota Tinggi antara Majlis Daerah Kota Tinggi dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Institut Sultan Iskandar (ISI) di pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi di sini hari ini.

Kelmarin, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Isham akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat.

Sebelum ini, media melaporkan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 6 Disember, bersetuju memecat Isham daripada parti dipercayai susulan kritikannya terhadap parti, yang dilihat bertentangan dengan pendirian UMNO sebelum ini dalam usaha memperkukuh Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI