fbpx

Pecat Isham Jalil keputusan Majlis Tertinggi UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid memaklumkan keputusan memecat Isham dibuat oleh MT UMNO

PETALING JAYA – Keputusan memecat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Isham Jalil daripada parti itu dibuat oleh MT parti, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.

“Jawatankuasa Disiplin pun akan bawa ke Majlis Tertinggi, Majlis Tertinggi akan memutuskannya. Apa yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi itu adalah muktamad,” katanya seperti dipetik UMNO Online hari ini.

Ahmad Zahid berkata, tindakan Isham yang mengkritik dirinya sebagai Presiden parti bukan menjadi pertimbangan bagi keputusan tersebut dibuat.

“Tetapi apabila menghina parti sendiri dan mengecilkan UMNO sebagai sebuah parti yang dianggotainya, ertinya tindakan itu dilakukan MT supaya tidak ada usaha ‘tikus membaiki labu’ ini dalam UMNO itu sendiri.

“Orang itu kalau ada lagi dalam UMNO akan rosak lagi UMNO,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI