fbpx

Nelayan Thailand hilang, jatuh bot ketika menangkap ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM Kelantan menjalankan SAR seorang nelayan Thailand yang dikhuatiri jatuh laut berhampiran Pulau Perhentian, Besut, Terengganu hari ini.

PASIR PUTEH – Seorang nelayan warga Thailand dikhuatiri hilang selepas terjatuh dari bot ketika sedang menangkap ikan di kawasan perairan berhampiran Pulau Perhentian, Terengganu malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Bhuntin, 45, dilaporkan terjatuh semasa bot tersebut berada pada kedudukan 13 batu nautika dari pulau tersebut.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (AP) Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, berdasarkan keterangan tekong, kesemua lima nelayan berada di atas bot semasa mereka melakukan kerja-kerja menangkap ikan pada jarak 17 batu nautika dari Pulau Perhentian.

Menurutnya, bagaimanapun, mangsa didapati hilang ketika bot berada di kedudukan kira-kira 13 batu nautika dari pulau tersebut.

“Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju hitam dan berseluar pendek berwarna khaki.

“Sejurus menerima maklumat berkaitkan kejadian, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) telah diaktifkan oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan pada pukul 11.15 malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, setakat ini, pihaknya masih belum menemui sebarang petanda selain anggota bertugas turut berdepan keadaan laut yang bergelora dan angin kencang semasa menjalankan operasi.

“Situasi itu menjejaskan sedikit proses pencarian. Sekiranya tiada sebarang penemuan pada hari ini, SAR akan ditangguhkan pada pukul 7.00 malam nanti. Operasi akan disambung semula bermula pukul 7.00 pagi esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI