fbpx

Naik 10kg, semua jeans tak muat – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nampak semakin berisi, pelakon Diana Danielle menafikan dirinya hamil sebaliknya mengalami kenaikan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg).

Menurut Diana, 32, berat badannya bertambah selepas selera makannya semakin meningkat sejak Jun lalu.

“Sejak Jun lalu, selera makan saya memang meningkat dan berat badan naik 10kg.

“Sebenarnya bukan saya sahaja, suami, Farid Kamil juga bertambah berat badan dan ini pertama kali berat badannya naik sehingga 90kg,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bintang filem Imaginur itu juga mendedahkan tidak lagi boleh menyarung semua seluar denim miliknya kerana ketat.

“Semua seluar jeans tidak muat dan sekarang hanya pakai skirt sahaja.

“Risau kalau beli baru, tiba-tiba berat badan turun semula. Jadi tunggulah selera makan terkawal nanti,” katanya lagi.

Mengulas mengenai masih ramai beranggapan badannya berisi kerana berbadan dua, dia enggan terasa hati dan hanya membiarkan sahaja spekulasi tersebut.

“Saya faham niat baik orang ramai nampak pasangan bahagia dan naik berat badan, pasti mereka akan fikir sama ada sudah mengandung bila nampak berisi.

“Namun hakikatnya, saya masih belum bersedia untuk menambah cahaya mata kerana Aurora baru sahaja berusia lapan tahun dan dia belum puas jadi anak bongsu,” tuturnya.

Sebelum ini, Diana sering dihambat dengan dakwaan dirinya sedang berbadan dia namun dia menafikan hal itu dan menegaskan hanya berat badan yang bertambah disebabkan selera makan meningkat.

Dakwaan hamil itu mula tercetus apabila dia kelihatan semakin berisi selepas rujuk kembali dengan Farid pada 31 Ogos selepas disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia 8 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI