fbpx

Mayat tanpa kepala, tangan dan kaki dalam perigi sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa menjalankan siasatan di lokasi kejadian. - Polis Bogor

JAKARTA – Pihak berkuasa menemui mayat manusia tanpa kepala, kaki dan tangan di dalam perigi sebuah sekolah di Bogor, Indonesia, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Citeureup, Yayan Sopian berkata: “Kami tidak menemui kepala, kaki dan tangan mangsa.”

Ketua Polis Citeureup, Yufrialdi berkata, mayat itu ditemui pada pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) semalam.

“Disyaki jantina lelaki. Ketika ditemui, anggota badannya sudah tidak lengkap,” kata Yayan.

Hasil pemeriksan mendapati, mayat itu merupakan seorang penduduk bernama Jauhar, 65, dengan perkara itu disahkan oleh anaknya, Tisna Ami Hwa, 46.

“Saya dapat mengenalinya daripada pakaian dan beberapa barangan seperti tiub dalam motosikal yang berada di sebelah mayat,” kata Tisna.

Polis Citeureup bersama Pasukan Unit Siasatan Jenayah Polis Bogor INAFIS segera menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Menurut saksi dan keluarga, mangsa hilang sejak Januari lalu. Mangsa menghidap hernia dan setiap hari menggunakan tiub dalam bekas untuk mengikat kelangkangnya,” jelas Yufrialdi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI