fbpx

Maklumat bedah siasat Zayn Rayyan tidak boleh didedah kepada umum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fakhruddin.

PETALING JAYA – Terdapat beberapa maklumat sulit tidak dapat didedahkan berhubung kematian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin atas faktor kerahsiaan siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya khuatir sekiranya didedahkan akan menganggu siasatan.

“Apabila kita dapat maklumat, sudah pasti Ketua Polis Selangor akan maklumkan,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis selesai memeriksa tiga blok perumahan di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, bagi mengumpulkan maklumat kematian Zayn Rayyan.

Mohamad Fakhrudin dilaporkan berkata, pihaknya sudah memeriksa tiga blok perumahan membabitkan 540 unit daripada 18 blok yang menempatkan 2,484 unit rumah.

“Siasatan juga masih dijalankan dengan memeriksa saliran air berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, yang menjadi lokasi penemuan mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fakhrudin mengingatkan, siasatan akan dilakukan terhadap mana-mana individu yang memberi laporan tidak tepat sehingga mencemarkan keluarga mangsa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI