fbpx

Kereta dipandu gadis terhumban ke dalam laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta dipandu seorang gadis terhumban ke dalam laut di pantai Bang Saray, Chonburi semalam. - Chobori News

BANGKOK – Sebuah kereta yang dipandu seorang gadis terhumban ke dalam laut di Pantai Bang Saray, wilayah Chonburi, Thailand semalam, lapor portal berita The Pattaya News. 

Unit Penyelamat Sawang Rojanathammasathan Sattahip dihubungi bagi memberikan bantuan, manakala ketika anggota-anggota kecemasan tiba, kereta tersebut terhumban dari tembok penahan air laut setinggi 3 meter.

Sebahagian kereta itu tenggelam pada jarak kira-kira 5 meter dari tembok tersebut namun ketika kejadian, air laut berada dalam keadaan surut.

Gadis berkenaan hanya cedera ringan dalam kejadian itu dan menerima rawatan kecemasan di lokasi kejadian sebelum dihantar ke sebuah hospital oleh seorang individu sebelum pasukan kecemasan tiba.

Menurut saksi, gadis itu yang berusia 28 tahun, mendakwa bahawa dia cuba meletakkan keretanya di kawasan parkir di pantai tersebut tetapi terlanggar laluan pejalan kaki.

Gadis itu kemudian cuba untuk mengundurkan kenderaannya  tetapi tertekan pedal minyak menyebabkan ia terbabas dan terhumban ke dalam laut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI