fbpx

‘Katakanlah perempuan boleh poligami’ boleh tersasar akidah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran dan antara komen jijik dari pengguna media sosial.

PETALING JAYA – Satu hantaran di media sosial Instagram menjadi tular apabila mengeluarkan satu kenyataan ‘katakanlah perempuan boleh poligami’ sehingga mendapat pelbagai komen dari orang ramai terutamanya golongan wanita.

Hantaran yang menunjukkan satu karikatur seorang wanita bersama dua lelaki itu mendapat pelbagai komen jijik dari golongan wanita sehingga didakwa telah mempermainkan hukum agama.

Ramai wanita yang menulis komen ‘nak’ dan ‘seronoknya’ sekira hukum tersebut betul-betul terjadi dibimbangkan akan menyalahi akidah sebagai seorang Islam.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian penceramah bebas Firdaus Wong menjelaskan, apabila emosional seseorang itu tinggi maka rasional seseorang itu akan menjadi rendah. Seorang yang emosional akan senang dimanipulasi.

“Kenapa selama ini saya berusaha mendidik masyarakat agar jangan terlalu emosional & berfikiran rasional? Sebab apabila emosional seseorang itu tinggi maka rasional seseorang itu akan menjadi rendah. Seorang yang emosional akan senang dimanipulasi.

“Dimanipulasi oleh orang lain dan bisikan syaitan sehingga bertindak di luar batasan syariat agama Islam.

“Nak bergurau? Boleh, silakan! Islam tidak melarang manusia bergurau tetapi ada batasannya. Jangan menjadikan agama sebagai bahan gurauan,” tulisnya.

Tambah Firdaus lagi, jika agama lain boleh untuk menjadikan sembahan dan ajaran mereka sebagai bahan gurauan atau sindiran, itu prinsip mereka bukan prinsip Islam.

“Islam ada prinsipnya yang tersendiri. Selepas berimaginasi dengan kalaulah perempuan boleh berpoligami, apakah akan ‘dihalalkan’ pula dengan imaginasi songsang tentang Allah dan RasulNya pula?

“Saya tidak terkejut andai semua itu berlaku apabila manusia yang mengaku Muslim membiarkan dirinya bertindak mengikut emosi bukan mengikut ajaran Islam,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI