fbpx

Kapal selam seludup kokain lebih 2.4 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kapal selam mini membawa kokain lebih 2,000kg dirampas pasukan pengawal pantai AS di Lautan Pasifik bulan lalu. - Foto Pasukan Pengawal Pantai AS

WASHINGTON – Lebih 9 tan kokain daripada enam cubaan penyeludupan dadah berasingan dirampas bulan lalu  di San Diego, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu lalu, kata pihak berkuasa seperti laporan saluran berita NBC News.

Kokain itu dianggarkan bernilai lebih AS$239 juta (RM1.11 bilion) di pasaran gelap dan  ditemui di luar pantai Mexico, Amerika Tengah dan Amerika Selatan oleh dua kapal Pengawal Pantai AS pada bulan lalu, demikian  menurut Pasukan Pengawal Pantai AS dalam satu kenyataan akhbar.

Rampasan terbesar kokain tersebut adalah seberat lebih 2,494 kilogram (kg) yang ditemui oleh kapal pengawal pantai  Cutter Waesche pada 20 November lalu. 

Kokain itu ditemui berada di dalam sebuah kapal selam narkotik.

Pintasan terhadap kapal separa tenggelam ini merupakan yang pertama di lautan Pasifik Timur dalam masa lebih tiga tahun,” kata Pegawai Pemerintah Cutter Waesche, Kapten Robert Mohr.

Sebuah lagi kapal pengawal pantai yang lebih kecil, Active yang ditugaskan terutamanya untuk penguatkuasaan undang-undang dan misi mencari dan menyelamat pula menemui hampir 1,814kg kokain menerusi dua daripada enam operasi dadah tersebut.

Lebih 40 tan kokain dirampas sepanjang 2023, demikian menurut  statistik dari Kastam dan Perlindungan Sempadan AS, menjadikannya dadah ketiga paling banyak dirampas selepas ganja dan methamphetamine.

Sebanyak 15,000kg kokain, bernilai AS$1 bilion (RM4.57 bilion) ditemui di pelabuhan perkapalan Philadelphia pada 2019 yang merupakan  salah satu rampasan dadah terbesar dalam sejarah AS. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI