PETALING JAYA – Dua anjing pengesan Jimmy dan Ruby dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki autisme, di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini.
Anjing pengesan bernama Ruby itu tiba pada pukul 1.50 tengahari dilihat melakukan penjejakan semula di kawasan saliran air.
Menyusuli Ruby, iaitu Jimmy yang tiba di kawasan lokasi kejadian kira-kira pukul 2.38 petang.
Turut dilihat adalah pasukan forensik PDRM Bukit Aman yang turut menjalankan siasatan di tempt kejadian.
Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib tiba di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan. – KOSMO! ONLINE