fbpx

Ely, Bera disahkan bunting di PKHL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Perhilitan dan PKHL sedang memeriksa dua tapir itu.

SHAH ALAM – Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungai Dusun, Hulu Selangor menerima khabar gembira apabila spesis dilindungi iaitu dua tapir Malaya bernama Ely dan Bera disahkan bunting semalam.

Sumber Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, pihaknya menerusi pasukan Wildlife Reproductive Biotechnology (WRB) dan kakitangan PKHL melakukan pemeriksaan kebuntingan terhadap tiga tapir betina.

“Hasil pemeriksaan menerusi imbasan mendapati dua daripadanya yang dinamakan Ely dan Bera disahkan bunting. Ia dianggap berita gembira bukan saja kepada PKHL dan Perhilitan malah rakyat Malaysia kerana tapir Malaya kian pupus dan merupakan spesis dilindungi,” katanya hari ini.

Tambahnya, tempoh kebuntingan tapir antara 390 hingga 400 hari atau 13 bulan dan Ely dianggarkan melahirkan anak pada pertengahan Februari tahun depan manakala Bera pada Julai tahun sama.

“Kami berharap dua tapir betina itu selamat melahirkan ‘cahaya mata’ mereka sekali gus menambah populasi spesis berkenaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI