fbpx

Doktor keluarkan 60 cacing dalam mata pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Doktor dirakam sedang mengeluarkan cacing parasit daripada mata wanita itu. - Jam Press

BEIJING – Sepasukan doktor di Kunming, China mengeluarkan lebih 60 ekor cacing hidup daripada mata seorang pesakit dalam satu pembedahan mengerikan, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Pesakit wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan mengalami masalah kegatalan mata kronik. Pada suatu hari, dia terkejut melihat beberapa ekor cacing parasit jatuh ketika menggosok matanya.

Ketika menjalani pemeriksaan di sebuah hospital tempatan, pakar-pakar perubatan menemui berpuluh-puluh  ekor cacing parasit di ruang antara bola mata dan kelopak matanya.

Mereka kemudian mengeluarkan lebih 40 ekor cacing parasit itu daripada mata kanannya dan lebih 10 lagi dari dalam mata kirinya. Secara keseluruhan, lebih 60 ekor cacing parasit berjaya dikeluarkan. 

Pakar yang turut terlibat dalam prosedur itu, Dr. Guan berkata, kes sedemikian jarang berlaku memandangkan jumlah parasit yang ditemui begitu banyak. 

Pasukannya percaya mata pesakit itu dijangkiti cacing gelang yang disebarkan melalui lalat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI