fbpx

Diugut culik anak, Abil anggap pelaku kurang kasih sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA atau Abil enggan serius memikirkan pergaduhan dengan netizen yang turut melibatkam ugutan culik terhadap anaknya.

PETALING JAYA – Menerima ugutan culik anak daripada individu tidak dikenali hanya disebabkan isu baju kebaya, pelakon Nabila Huda enggan memberatkan fikiran  dan hidup dalam ketakutan sekali tidak berlaku berlaku sebarang perkara membimbangkan.

Pemilik nama penuh Nabila Huda Suhaimi itu bagaimanapun tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ugutan terlalu teruk sehingga mengganggu keselamatan anak perempuannya, Keisha Laila.

“Individu yang buat ugutan itu kononnya marah hanya disebabkan isu saya berpakaian kebaya, keterlaluan. Dari dulu Malaysia dan Indonesia asyik nak bergaduh soal budaya.

“Perbalahan ini bagai tak pernah habis sedangkan kita sesama Melayu sendiri harus bersatu. Sebab itulah, saya malas nak layan.

“Kalau dilayan dan difikir kita pula yang jadi tertekan. Jadi susah nak bergerak ke sana sini. Takkan kita nak hidup dalam ketakutan pula,” katanya kepada Kosmo! Online.

Jelas aktres berusia 39 tahun itu, sebagai ibu pastinya bimbangkan keselamatan anak malah dia cuba mengingat kembali kesalahan diri jika pernah menyakiti sesiapa tanpa sedar.

“Saya terus terfikir apa kesalahan yang saya buat. Pernah sakitkan hati sesiapa atau ada musuh ke?

“Kadang kita ini lupa lagi-lagi tingkah laku semasa muda, tak ingat kalau ada sakiti hati sesiapa dan lupa minta maaf,” ujarnya lagi.

Paling utama kata pelakon filem Munafik 2 itu, sebagai orang Islam, dia percaya doa adalah senjata yang terbaik untuk mendapatkan perlindungan dan antara usaha mengelak daripada sebarang kejadian tidak diingini menimpa keluarganya.

“Kita berdoa sajalah supaya tidak ditimpa sebarang kejadian buruk, baik untuk diri, anak dan keluarga. Sebenarnya, saya sendiri tak beritahu pun pada Keisha mengenai hal ini sebab tak mahu mengusutkan fikirannya.

“Malah tak berbincang pun dengan suami, sebab setakat ini kita pun tak tahu sejauh mana individu terbabit benar-benar mahu melakukan perkara itu.

“Saya anggap saja individu itu kurang kasih sayang dan sengaja mahu mencari perhatian orang ramai dengan mencipta kebencian seperti itu di media sosial,” tuturnya tegas.

Terdahulu, anak perempuan Amy Search itu membuat hantaran di platform X baru-baru ini mendedahkan menerima ugutan daripada seorang pengguna media sosial yang kononnya mahu menculik anak tunggalnya.

Ugutan itu yang dipercayai daripada seorang pengguna warganegara Indonesia dipercayai membuat dakwaan rambang dan mengaitkan pelakon ini dengan tuduhan mencuri budaya negara mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI