fbpx

Daniel Akmal ditemui dalam keadaan lemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daniel Akmal yang dilaporkan hilang ditemui di sebuah pondok menunggu bas, sekitar Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Pelajar, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi yang dilaporkan hilang sejak kelmarin dari sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras selamat ditemui, malam tadi.

Ibunya, Shuhada Jamaludin, 38, ketika dihubungi mengesahkan penemuan anaknya itu.

“Ya anak saya sudah ditemui, dia dalam keadaan lemah tidak bermaya,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Yusri Yunos memaklumkan remaja tersebut ditemui hasil kerjasama jemaah Masjid Saidina Othman, penduduk Bandar Tun Razak dan masyarakat sekitar.

“Alhamdulillah…dijumpai dengan selamat dan sihat selepas dua hari pencarian.

“Terima kasih kepada semua yang berusaha mencari sejak dari awal sehingga malam tadi iaitu keluarga Danial, warga sekolah, polis Cheras, jemaah Masjid Saidina Othman, penduduk Bandar Tun Razak dan masyarakat sekitar,” katanya dalam hantaran itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penemuan remaja tersebut.

Semalam, Kosmo! melaporkan, Muhammad Daniel disyaki hilang sejak kelmarin dan kali terakhir dilihat di Masjid Saidina Uthman, Bandar Tun Razak pukul 5.40 pagi.

Pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah Cheras berusia 14 itu dikatakan hilang dari asrama.

Menurut ibunya, Daniel pernah menjadi mangsa buli di sekolah dan mengalami kemurungan susulan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI