fbpx

Danial Akmal lari dari sekolah tak tahan dibuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Danial Akmal yang dilaporkan hilang ditemui di sebuah pondok menunggu bas, sekitar Kuala Lumpur, malam semalam.

PETALING JAYA – Pelajar sekolah berasrama penuh, Muhammad Danial Akmal Zulkhairi yang ditemui semalam selepas dilaporkan hilang kelmarin didakwa bertindak melarikan diri dari sekolah kerana tidak tahan dibuli.

Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin, 38, mendakwa, anaknya, Muhammad Danial Akmal, 14, telah dibuli dengan teruk.

“Ya anak saya dibuli, sekarang dia dalam keadaan lemah, tidak bermaya dan ketika ini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian buli itu, Muhammad Danial yang mesra disapa sebagai Enel bertindak nekad untuk melarikan diri dari sekolah pada pukul 3 pagi, Khamis lalu.

“Sebelum ini dia pernah juga dibuli, namun diselesaikan secara dalaman bersama pihak sekolah.

“Kes buli ini telah diceritakan oleh anak saya dua minggu lalu, tetapi awal pagi itu, dia tekad untuk melarikan diri dari sekolah,” ujarnya.

Shuhada tidak dapat memberikan butiran penuh mengenai kejadian buli yang menimpa anaknya kerana masih dalam proses siasatan polis

“Dia belum ceritakan sepenuhnya, saya bagi dia rehat dulu,” katanya.

Tambahnya, keluarga akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kejadian itu.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Muhammad Danial telah ditemui orang ramai di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak setelah didakwa hilang dari asrama sejak dua hari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI