KALAU tidak buat hal, memang bukan Rozita Che Wan atau Che Ta namanya.
Terbaharu, Che Ta membuat ramai tidak kering gusi apabila berendam di dalam sungai dengan busana ‘kepok-kepoknya.’
Menerusi video sama, Che Ta turut menjerit seraya berendam bersama busana berona merah jambu itu.
Difahamkan, tindakannya itu juga bagi mempromosi sebuah lokasi pelancongan.
Rata-rata netizen yang terhibur berpendapat Che Ta tidak dapat lari daripada imej dan fesyen kepok-kepok walau terjun ke dalam sungai.
“Jangan hanyut Che Ta, meriah betul baju mandi sungai!
“Inilah definisi mandi pun cantik,” komen netizen.