KOTA BHARU – Mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas mencatatkan penurunan hari ini susulan cuaca cerah dan semakin baik sejak beberapa hari lalu.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan berkata, seramai 629 mangsa banjir daripada 205 keluarga yang masih berlindung di sembilan buah PPS setakat pukul 2 petang tadi.
Menurutnya, jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 180 orang berbanding malam semalam.
“Empat PPS yang dibuka di Pasir Mas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh yang menempatkan 256 mangsa, Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial (167), SK Gual Periok (136) dan SMK Baroh Pial (70).
“Semua sungai utama di Kelantan mencatatkan paras normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan bacaan amaran manakala Sungai Golok di Kuala Jambu berada pada tahap berjaga-jaga,” katanya. – KOSMO! ONLINE