fbpx

Anwar tiba Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba pada Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di SNBJ, hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan ke Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini.

Ketibaan beliau di pekarangan SNBJ pada pukul 11.18 pagi disambut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta beberapa pemimpin kerajaan lain.

Anwar memulakan sesi lawatannya dengan mengadakan walkabout di beberapa reruai sekitar pekarangan sempena program itu.

Perdana Menteri juga sempat meluangkan masa bertemu ribuan pengunjung yang hadir.

Sejumlah 36 reruai kaunter perkhidmatan disediakan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang menawarkan sebanyak 102 perkhidmatan secara langsung kepada rakyat.

Antara perkhidmatan menarik ialah kaunter tawaran kemasukan secara terus ke Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti, kaunter pendaftaran dan semakan status bantuan e-Kasih, perkhidmatan Skim Perubatan Madani, konsultasi dan permohonan pembiayaan serta latihan usahawan.

Hari kemuncak penutupan program berkenaan akan berlangsung esok bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri.

Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani diadakan untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 24 Nov tahun lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI