fbpx

‘Tower speaker’ masa konsert Coldplay punca padang rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tular di media sosial memaparkan padang SNBJ yang telah 'botak' setelah penganjuran konsert Coldplay 22 November lalu.

PETALING JAYA – ‘Tower speaker’ yang diletakkan di empat tempat ketika konsert Coldplay bulan lalu didakwa menjadi punca keadaan rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berada dalam keadaan rosak dan botak.

Dalam satu ciapan oleh seorang pemuda dikenali sebagai @mustakim_ismail, dia memuat naik perbandingan antara dua gambar memperlihatkan situasi semasa konsert Coldplay dan keadaan rumput yang sudah rosak.

Dakwanya, kemungkinan rumput yang telah ‘botak’ adalah kawasan yang pertama pihak penganjur menetapkan peralatan muzik sebelum konsert bermula.

“Rupanya paling impak besar adalah dekat rumput adalah kawasan ‘tower speaker’. Dan bukannya di kawasan pentas dan kawasan penonton. Mungkin kawasan itu adalah tempat yang pertama dorang ‘setup’,” ciapnya.

Sehingga kini ciapannya mendapat lebih 3,200 ulang ciap dan 5,400 tanda suka.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai meminta pihak penganjur untuk bertanggungjawab membaiki semula padang yang telah rosak akibat konsert Coldplay yang diadakan pada 22 November lalu.

“Sebenarnya yang salah adalah penganjur konsert. Tak ada pertimbangan langsung pada padang masa pasang struktur. Tapi nampaknya terlepas begitu sahaja lepas untung besar,” komen Muradi Hafiz.

“Rumput tu masih segar, baru ditanam. Akar pun tak sempat serap masuk dalam tanah sepenuhnya, tetapi dah rosak. Rumput mahal tu,” komen seorang pengguna lain.

Disamping itu, ada beberapa pengguna meluahkan kerisauan terhadap pemain bola sepak yang akan berentap pada Piala Malaysia 2023 malam ini ekoran berisiko untuk tercedera kerana permukaan padang yang licin.

“Perlawanan besar malam ini, tetapi malu dengan keadaan padang macam ini,” komen Hafidz.

“Hmm, harap-harap pemain tak jatuh tergolek. Takut pemain ‘berkicap’ je malam ni main dekat padang begini,” komen Amirul Azhan.

Semalam, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam satu kenyataan malam tadi memohon maaf kepada Malaysian Football League selaku penganjur Piala Malaysia 2023 dan semua para peminat sukan bola sepak negara.

Ujarnya, PSM tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas Konsert Coldplay yang telah berlangsung pada 22 November lalu. –

Terdahulu, konsert Coldplay yang diadakan pada bulan lalu dihadiri kira-kira 75,000 penonton menyebabkan keadaan padang menjadi ‘tidak indah’ walaupun selepas dinaik taraf menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI