fbpx

Sultan Selangor sentiasa pastikan umat Islam kukuh kesatuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin bersama Tengku Amir bersalaman dengan jemaah yang hadir pada majlis dan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini. -Foto AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sejak menduduki tampuk pemerintahan sangat prihatin kepada pelaksanaan prinsip-prinsip Islam, ancaman yang menggugat kesucian agama Islam serta memastikan umat Islam sentiasa memperkukuhkan kekuatan dan kesatuannya.

Perkara itu diperjelaskan menerusi khutbah Jumaat di seluruh Selangor hari ini bertajuk Penjaga Kemuliaan Agama Islam sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor ke078 pada 11 Disember ini.

Berdasarkan khutbah tersebut, Sultan Sharafuddin telah mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya mempertahankan penggunaan kalimah Allah.

Malah, dalam titah baginda agar rakyat negeri ini yang bukan beragama Islam akur dan mematuhi larangan penggunaan kalimah Allah seperti yang diperuntukkan dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam 1988) yang telah diwartakan pada 7 Julai 1988.

“Ini termasuk penggunaan beberapa perkataan lain yang termaktub di bawah enakmen tersebut bagi tujuan komersial dan menamakan tempat perniagaan atau bangunan.

“Titah baginda lagi, kalimah Allah tidak boleh diletakkan di tempat salah satu atau digunakan selain daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi pegangan akidah umat Islam,” katanya.

Menurut khutbah tersebut, Sultan Sharafuddin amat mengambil berat tentang pentingnya perpaduan dan persaudaraan umat Islam di Selangor.

Ini seperti dititahkan Sultan Sharafuddin dalam istiadat pengurniaan watikah pelantikan nazir dan imam masjid-masjid negeri Selangor 2023 di Istana Alam Shah dengan baginda tidak berkenan masjid dijadikan medan politik dan propaganda politik kepartian.

“Keprihatian baginda dalam mengukuhkan perpaduan dalam kalangan umat Islam dan menjaga keharmonian masyarakat dalam negeri Selangor ini telah dizahirkan melalui khutbah-khutbah yang disampaikan mimbar-mimbar masjid.

“Sebagai contoh, baginda mengingatkan bahaya perbuatan mengumpat, mencela, mencaci, memaki hamun apatah lagi memfitnah yang mana ia tergolong perbuatan dosa besar yang lebih buruk daripada membunuh seperti khutbah di sampaikan pada 21 Julai lalu,” katanya.

Jelas khutbah itu, Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) bimbang jika amalan memfitnah serta caci-mencaci ini tidak dibendung, perpecahan umat Islam khususnya di Selangor ini akan menjadi semakin parah dan tidak terkawal.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor ke-78 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI