fbpx

Sindiket seleweng diesel subsidi RM420,000 tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saharuddin (kanan) memeriksa sebuah lori yang mengandungi tangki disyaki berisi minyak diesel bersubsidi di Kampung Labohan, Kerteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Kegiatan menyeleweng hampir 20,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai lebih RM420,000 tumpas dalam serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Kampung Labohan, Kerteh di sini malam tadi.

Serbuan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pukul 9.30 malam itu turut berjaya menahan enam lelaki berumur dalam lingkungan 29 hingga 56 tahun disyaki anggota sindiket berkenaan.

Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, pemeriksaan percaya premis tersembunyi di sebalik belukar yang diserbu itu dijadikan stor haram tempat penyimpanan dan pemindahan diesel bersubsidi.

“Hasil risikan selama tiga bulan mendapati modus operandi sindiket tersebut adalah menggunakan lori yang telah diubahsuai bagi membeli diesel di stesen-stesen minyak di sekitar Kerteh di sini dan Paka, Dungun.

“Diesel itu kemudiannya akan dibawa ke stor haram tersebut sebelum dipindahkan ke dalam tangki skid sebelum dijual semula,” katanya di lokasi serbuan di Kampung Labohan, Kerteh di sini hari ini.

Saharuddin berkata, serbuan berjaya merampas 19,550 liter diesel dan lima kenderaan berupa dua buah lori tangki, sebuah lori kanvas dan dua buah kepala lori.

Tambah beliau, 10 unit tong mengisi minyak diesel, tiga buah tangki skid, pam dan paip penyambung turut disita.

“Kami sedang menyiasat stesen-stesen minyak yang disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan minyak diesel tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI