fbpx

Sembilan kejayaan utama bukti komitmen KPM tahun 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika berucap pada sesi Santai Bersama Fadhlina Sidek pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). - Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

BUKIT JALIL – Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa komited untuk mengangkat kualiti pendidikan negara ke tahap seterusnya, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sebanyak sembilan kejayaan utama telah dicatatkan oleh KPM sepanjang satu tahun di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Tambah Fadhlina, tahun hadapan merupakan tahun yang sangat penting untuk KPM yang mempunyai hasrat besar untuk menjana lebih banyak reformasi pendidikan bersama polisi lebih baik demi kesejahteraan guru dan murid.

“Sepanjang tahun, kami telah melaksanakan pelbagai garis panduan baharu, terutamanya dalam kes buli dan gangguan seksual.

“Semua ini penting sebagai refleksi komitmen KPM dalam merealisasikan ekosistem sekolah yang lebih selamat dan penyayang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Setahun Bersama Kerajaan Madani – Santai bersama-sama YB Fadhlina Sidek di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Tambah Fadhlina, sekolah daif juga diberi tumpuan pada tahun ini, selain menfokuskan pada kebajikan anak-anak terutamanya melalui pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

“Kami tidak akan menghentikan program ini untuk memastikan ibu bapa diberi keringanan pada musim masuk sekolah.

“Oleh itu, pemberian BAP akan diberikan seawal pembukaan sekolah tahun hadapan, berjumlah RM150 kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang sosioekonomi,” katanya.

Dalam pada itu, KPM juga sedang merangka pelbagai projek baharu tahun hadapan yang mempunyai tema sama dengan usaha pembaik pulihan tandas sekolah.

“Projek baik pulih tandas berjalan dengan baik. Secara tidak langsung, ia juga memperlihatkan sisi komitmen KPM untuk menanam nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar,” katanya.

“Soalnya bukan tandas seperti hotel, tetapi penggunaannya seperti hotel. Kami ingin mengajar murid untuk menggunakan tandas secara bertanggungjawab,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI