KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim makan tengah hari di Medan Selera Jalan Duta di sini hari ini.
Beliau tiba di premis berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari bagi menikmati makanan yang disediakan di situ.
Turut kelihatan calon Naib Presiden Indonesia, Mahfud MD dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Perdana Menteri seterusnya dijadualkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE