fbpx

Piala Malaysia: Tonggak kebangsaan boleh cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan melawat Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum aksi final Piala Malaysia malam ini. - Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO

KEM skuad Harimau Malaya pasti ‘pening kepala’ apabila beberapa tonggak utama pasukan berisiko menghadapi kecederaan menjelang saingan Piala Asia 2023 yang akan membuka tirai rasmi di Qatar pada Januari depan.

Pasukan kebangsaan yang sebelum ini diwakili sebahagian besar daripada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) telah bermain pada saingan final Piala Malaysia menentang Terengganu FC (TFC) malam ini.

Namun, apa yang merisaukan adalah keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang tidak rata sekali gus mendatangkan risiko kecederaan buat barisan tunjang skuad Harimau Malaya nanti.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui bimbang andai ada pemain penting pasukannya mengalami kecederaan seperti buku lali, lutut dan groin selepas mengharungi aksi final malam ini.

“Yang membimbangkan adalah pemain utama pemain kebangsaan macam Corbin (Ong), Arif Aiman (Hanapi), Matthew Davies, Endrick Dos Santos, Shahrul Saad dan Afiq Fazail cedera.

“(Risiko cedera) buku lali, peha, lutut dan groin oleh kerana padang tak rata. Bulan depan Piala Asia di Qatar,” kata Tunku Ismail di laman Instagram.

Sebagai rekod, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor telah mendedahkan keadaan terkini padang SNBJ yang dilihat belum bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan perlawanan skala besar seperti final Piala Malaya malam ini.

Keadaan padang SNBJ menjadi ‘huru-hara’ selepas kumpulan terkemuka, Coldplay mengadakan konsert pada bulan lalu yang dihadiri kira-kira 75,000 penonton.

Namun, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengambil inisiatif untuk memohon maaf pada saat akhir buat kedua-dua pasukan JDT dan TFC kerana gagal menyediakan padang pada tahap piawaian seperti yang sepatutnya.

Malaysia yang beraksi pada kempen Piala Asia buat kali pertama sejak 2007 telah diundi dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Jordan dan Korea Selatan. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI