fbpx

Piala Malaysia: Pertembungan angin selatan, ombak timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI 90 minit final malam ini bakal menentukan siapa yang lebih layak membawa pulang trofi Piala Malaysia.

BELUMPUN tiupan wisel permulaan dibunyikan, rata-rata peminat bola sepak negara pastinya yakin bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal sekali mencipta sejarah memenangi gelaran quadruple buat musim kedua berturut-turut dengan menyapu bersih semua trofi yang dipertandingkan dalam aksi domestik Liga Malaysia.

PARA pemain JDT menjalani sesi latihan menjelang aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Perlawanan final menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini bakal mengesahkan kejuaraan Piala Malaysia buat kali keempat yang mungkin diraih oleh JDT dalam era baharu pasukan tersebut berdasarkan reputasi skuad Esteban Solari sepanjang musim ini yang memiliki rekod yang luar biasa.

PARA pemain TFC turun menjalani latihan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras menjelang aksi final Piala Malaysia malam ini.

Bagaimanapun, sebelum 90 minit aksi berakhir tidak ada siapa yang mampu membuat telahan tepat mengenai keputusan perlawanan ketika TFC juga tersangat dahagakan kejuaraan piala paling berprestij tersebut selepas kali terakhir memenanginya 21 tahun lalu selepas merangkulnya pada edisi 2001.

RAGAM peminat TFC yang bersedia untuk membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi memberikan sokongan kepada pasukan mereka pada aksi final Piala Malaysia malam ini.

Berdasarkan rekod enam pertemuan sebelum ini, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu tidak berada pada statistik yang boleh dibanggakan apabila tewas dalam kesemua aksi termasuk dua perlawanan Liga Super musim apabila tunduk 0-2 dan 1-3 kepada JDT.

SEBAHAGIAN penyokong JDT yang sedia untuk bertolak ke Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi menyaksikan aksi final Piala Malaysia malam ini.

Namun, bola sepak sentiasa menjadi saingan unik terutama aksi final yang sentiasa mampu menghasilkan keputusan luar biasa dan ia adalah peluang terbaik buat TFC merentap ego Harimau Selatan yang dianggap sukar dicabar atau JDT terus membuktikan bahawa status mereka sebagai penguasa bola sepak tanah air masih kekal utuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI