fbpx

Piala Malaysia: Penyokong risau padang jadi sawah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan padang SNBJ sebelum aksi final Piala Malaysia bermula, malam ini. IHSAN MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Ribuan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC mula melahirkan keresahan apabila keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dilihat semakin parah berikutan hujan lebat sejak petang tadi.

Menerusi perkongsian di laman media sosial, rata-rata penyokong kedua-dua pasukan berkongsi perasaan hampa dengan keadaan padang yang dijangka menjadi lebih teruk sempena aksi final Piala Malaysia, malam ini.

“Hujan lebat dari petang tadi, padang pula tak tutup dengan kanvas. Bukan setakat ‘berkicap’ malam ini, pakej sekali dengan kolam,” ujar Jaris.

“Memang jadi sawah lah malam ini SNBJ, hujan lebat. Tinggal satu jam lagi sebelum final ‘start’ (mula),” kata Marko.

“Keadaan padang SNBJ, belum apa-apa dah bertakung akibat hujan lebat. Penyokong JDT pun macam tak ramai malam ini,” jelas Aril.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan padang SNBJ menerima kritikan daripada orang ramai termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikutan keadaan padang berubah teruk selepas konsert Coldplay pada 22 November lalu.

Sehubungan itu, pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberikan jaminan bahawa padang itu dapat dibaik pulih sebelum perlawanan akhir.

Bagaimanapun, semalam, PSM memohon maaf pada saat akhir buat kedua-dua pasukan JDT dan TFC kerana gagal menyediakan padang pada tahap piawaian seperti yang sepatutnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI